Khidhir Anaqi





TO MY











.:BIODATAKU:.


Nama: Muhammad Khidhir Anaqi Bin Adnan
Umur: 14 Tahun
Tarikh Lahir: 02/08/1991
Sek Men Keb Aminuddin Baki Chemor, Perak
Tingkatan: 2 (M) Menengah
Pengawas Sekolah
Guru Kelas: Ust. Fahril Bin Hashim
Guru Ict: Cikgu Faridah Bt Yang


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




orang sedang melawat weblogku



Akhbar Harian Online






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

free online poker


rss feed

May 30, 2005
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang



Ø Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

Ø Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

Ø Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

Ø Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Ø Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

Ø Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

Ø Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

Ø Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

Ø Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

Ø Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

Posted at 01:03 pm by nurdia
Comment (1)  

Mar 28, 2005
ketahuilah oleh mu....

jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yng sepertinya sia-sia... ..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung air matamu

jika kau pikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... .
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon... ..
Allah SWT selalu berada disampingmu.

ketika kau pikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... ..
Allah SWT punya jawapannya.

ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... .
Allah SWT dapat menenangkanmu.

jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... .
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... .
Allah SWT telah memberkatimu.

ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... .
Allah SWT telah tersenyum padamu.

ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... .
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau mengadap... ..
Allah SWT TAHU... ... .


Posted at 10:57 am by nurdia
Make a comment  

Jan 29, 2005
a friend is like a book

A friend is like a book

that has to be read to appreciate its beauty.

As such, you are one of the finest books ever written. 

How I wish you could be reprinted!


Posted at 07:41 pm by nurdia
Make a comment  

Jan 24, 2005
BICARA BUAT GURU

Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkil kasih.

Ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keiklasan
menghampar selautan harapan.

Ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh pasakmu teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya.

Ingin sekali aku
berada di takhta mulianya
mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
mendukung keagungan,melempar gusar
daripada jiwa anak didikmu.

Ingin sekali aku
berkongsi kerinduanmu
tatkala mereka tidak bersamamu
bangga dengan mutiara
berjabat erat,bersapa mesra
ketika kau ketemu mereka di jalanan.






Posted at 09:57 pm by Khidhiranaqi
Make a comment